Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Soalan Lazim Unit Perkhidmatan
  • Apakah syarat-syarat pengesahan lantikan?

    Syarat-syarat pengesahan lantikan seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran iaitu :

    1. Surat Setuju Terima pelantikan (Borang 6A);
    2. Surat Akuan Sumpah (Borang 6B);
    3. Salinan Surat Akujanji (bagi lantikan selepas 1.1.2003);
    4. Surat Akuan Doktor;
    5. Penyata Perubahan Kewangan 8 (Kew. 8); dan
    6. Tapisan Keselamatan bagi kumpulan jawatan yang disyaratkan.
  • Bagaimana dan bilakah seseorang pegawai awam boleh disahkan dalam perkhidmatan?

    Pegawai awam layak untuk disahkan dalam perkhidmatan setelah:

    1. Berjaya menjalani tempoh percubaan (Percubaan asal atau dilanjutkan);
    2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi;
    3. Lulus Peperiksaan yang ditetapkan;
    4. Sokongan daripada Ketua Jabatan.
    Pengesahan dapat diperakukan dalam tempoh percubaan 1 hingga 3 tahun dan sekiranya dilanjutkan pengesahan adalah pada tarikh lulus peperiksaan atau sehari selepas hadir dengan jayanya Kursus Induksi.

  • Apakah dokumen yang perlu dilampirkan bagi tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen?
    1. Surat permohonan untuk diperakukan dalam Pengesahan Dalam
    2. Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen.
    3. Borang Opsyen untuk memilih samada skin pencen atau skim KWSP selaras dengan Peruntukan 6A(1) Pindaan Akta Pencen 1980.
    4. Surat perakuan pengesahan dalam jawatan - Kenyataan berkenaan Peperiksaan. (jika berkaitan).
    5. Surat perakuan pengesahan dalam jawatan (perintah Am 36 Bab ‘A’) dan
    6. Perakuan Pemberian Taraf Berpencen.
    7. Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini.
    8. Salinan Surat Tawaran Jawatan.
    9. Salinan surat pengesahan lantikan.
    10. Salinan sijil Kursus Induksi Umum dan Induksi Khusus.
    11. Salinan Keputusan peperiksaan. (jika berkaitan).
    12. Salinan surat perlanjutan tempoh percubaan (sekiranya dilanjutkan).
  • Bilakah seseorang Pegawai Perkhidmatan Awam perlu membuat pengisytiharan harta?
    1. Semua lantikan baru.
    2. 5 tahun sekali (kecuali Ketua Jabatan 3 tahun sekali).
    3. Perolehi harta baru.
    4. Lupus harta.
    5. Akan bersara.
    6. Bila-bila masa jika diperlukan oleh kerajaan.
  • Bagaimanakah tatacara permohonan pertukaran bagi anggota-anggota perakaunan?

    Kemukakan kepada Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan dokumen seperti berikut:

    1. Borang Permohonan Pertukaran Anggota Perakaunan atau surat permohonan pertukaran pegawai yang telah disokong oleh Ketua Jabatan.
    2. Dokumen-dokumen sokongan lain seperti berikut:
      • Salinan Sijil Nikah (jika berkenaan)
      • Salinan Surat Pengesahan Majikan (bagi pasangan)
      • Salinan Surat Beranak Anak-Anak (jika berkenaan)
      • Salinan Pengesahan Pegawai Perubatan (jika berkenaan)