-
Bagaimanakah penolakan EFT boleh berlaku?
Cek Terbatal berlaku apabila:
- Akaun penerima telah tutup.
- Akaun penerima tidak aktif.
- Kesilapan nama atau nombor akaun penerima.
- Kesilapan kod bank
- Penolakan disebabkan oleh kegagalan sistem.
-
Bagaimanakah Cek Terbatal boleh berlaku?
Cek Terbatal berlaku apabila:
- Cek telah tamat tempoh (Laku dalam tempoh 3 bulan dari tarikh cek) - rujuk AP 118 (a)
-
Apakah dokumen yang perlu disertakan semasa membuat permohonan penggantian penolakan EFT dan Cek Terbatal?
Dokumen yang perlu disertakan ialah:
- Borang TUNTUTAN PEMBAYARAN BALIK/PELARASAN CEK/EFT TERBATAL yang telah lengkap diisi.
- Salinan buku/ penyata bank penerima (disahkan)
- Salinan baucer bayaran terdahulu (disahkan)
- Salinan Maklumat Penerima Bayaran (Bukan DCS) yang telah dikemaskini di dalam sistem eSPKB bagi memastikan kesilapan tidak berulang dan maklumat tersebut perlu disahkan.
-
Di manakah saya boleh menyemak senarai penolakan EFT dan Cek Terbatal?
PTJ boleh semak di dalam Buletin eSPKB. Senarai penolakan EFT dan Cek Terbatal akan dibuletinkan setiap minggu.
-
Apakah sumber rujukan yang boleh dirujuk oleh PTJ berkaitan prosedur penggantian penolakan EFT dan Cek Terbatal?
Surat Pekeliling JANM Kedah Bil 1/2015 bertarikh 12/5/2015 di dalam Arkib Buletin eSPKB – TATACARA PENGENDALIAN PINDAHAN DANA ELETRONIK TERBATAL (EFT TERBATAL)