-
Saya telah keluar kuarters tetapi potongan Kuarters masih lagi dipotong. Bagaimanakah cara untuk saya menuntut semula wang tersebut?
Tuntutan semula bayaran balik hasil perlulah dikemukakan kepada Unit Akaun JANM Kedah dan cara permohonan perlulah merujuk kepada SPANM Bil.2/2014
-
Saya seorang penjawat awam dan telah membuat pembayaran di Hospital Sultanah Bahiyah disebabkan penyakit berjangkit sebanyak RM1,200.00. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula wang tersebut?
Tuntutan tersebut masih dibawah Tuntutan Bayaran Balik Hasil dan mengikut SPANM Bil.2/2014. Walau bagaimanapun, kelulusan AP87(b) adalah dirujuk kerana permohonan adalah melebihi RM1,000.00.
-
Jabatan saya telah menerima salinan baucer jurnal dari Unit Akaun JANM Kedah berkaitan cek tak laku. Apakah yang harus dilakukan ?
Rekod Daftar Cek Tak Laku Jabatan tuan haruslah diselenggara. Kemudian pastikan pihak tuan membuat pelarasan berikut:
Dr: Akaun Hasil/Amanah/ Vot
Kr: Buku Tunai
Sila dapatkan cek gantian dari penerima . Surat Pekeliling ANM Bil.13 Tahun 2014 adalah dirujuk. -
Seorang pegawai yang membuat kutipan di Jabatan telah berpindah masuk manakala 10 orang lagi Pegawai Kewangan adalah masih kekal dan menjalankan tugas yang sama . Adakah kuasa kebenaran bertulis( AP69/ 70) ditukar hanya untuk seorang pegawai yang bertukar sahaja?
Tidak. Kebenaran bertulis harus dibuat semula secara keseluruhan dan surat kuasa bertulis lama adalah terbatal. Tarikh surat kuasa baru adalah tarikh mula digunapakai.