Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Korporat Latar Belakang

latar-belakang-janm-kedah

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Kedah ditubuhkan pada tahun 1975 dan telah ditempatkan di Tingkat 3, Bangunan UMBC, Jln Raja, Alor Star Kedah. Selaras dengan perkembangan semasa JANM Negeri Kedah telah berpindah ke Wisma Prudential pada tahun 1984, Bangunan KWSP pada tahun 2006 dan seterusnya di Bangunan Kerajaan Persekutuan Anak Bukit pada tahun 2009. JANM Negeri Kedah yang digerakkan oleh seramai 105 orang pegawai dan kakitangan, diketuai oleh Pengarah Negeri (Akauntan Gred 54). JANM Negeri Kedah terbahagi kepada 3 seksyen utama iaitu Seksyen Pemantauan, Seksyen Operasi dan Seksyen Pengurusan. Jabatan ini juga bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada 289 Pusat Tanggungjawab, 234 Pusat Terimaan dan 924 Pusat Pembayaran Gaji di seluruh Negeri Kedah. Seksyen Pemantauan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Akauntan Gred WA52) terdiri daripada 3 Unit iaitu Unit Wang Tak Dituntut, Unit Naziran dan Unit Pengurusan Aset. Seksyen Operasi pula diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (Akauntan Gred WA48) yang bertanggungjawab kepada Unit Dana, Unit Akaun, Unit Gaji dan Unit Teknikal. Seksyen Pengurusan pula diketuai oleh Penolong Pengarah (Akauntan Gred WA44) dan bertanggungjawab kepada Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Pengurusan Prestasi dan Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan. Berikut adalah senarai Pengarah yang berkhidmat di JANM Negeri Kedah dari 1975 sehingga sekarang :

BIL TAHUN NAMA
1 1975 - 1976 En. Khoo Eng Lam
2 1976 - 1977 Pn. Che Asiah Binti Che Omar
3 1977 - 1978 En. C. Perumal
4 1978 - 1979 Pn. Che Asiah Binti Che Omar
5 1979 - 1981 En. Ambotang Bin Hj Abd Hamid
6 1981 - 1982 Pn. Che Norehan Binti Yahaya
7 1982 - 1984 En. M. Balakrishnan
8 1984 - 1986 Pn. Nik Hapsah Binti Nik Hassan
9 1986 - 1990 Pn. Hawazain Binti Shaari
10 1990 - 1993 En. Omar Bin Muslim
11 1993 - 1994 En. Chiang Theng Keow
12 1994 - 1997 En. Pukhari Bin Samsuri
13 1997 - 2001 En. Roslan Bin A. Rahman
14 2001 - 2006 Pn. Jee Kieh Hua
15 2006 - 2009 Pn. Hjh. Rosmah Binti Ismail
16 2010 - 2011 En. Roslan Bin A. Rahman
17 2012 - 2014 En. Nazlan Bin Bodin
18 2014 - 2016 En. Annamalai A/L L. Singaram
19 2016 - 2017 En. Abd Hassan Bin Mohmad
20 2017 -2022 Pn. Rohani Binti Che Mie
21 2022 - sekarang En. Mohd Amran Bin Abd. Ghani