Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Dato’ Seri/Tuan/Puan,
EDARAN SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (SPANM) BILANGAN 3 TAHUN 2026 – TATACARA PENGURUSAN PANJAR
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
- Dimaklumkan bahawa, Jabatan ini telah selesai mengemas kini Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 3 Tahun 2026 – Tatacara Pengurusan Panjar selaras dengan Arahan Perbendaharaan yang terkini.
- SPANM ini juga telah dikemas kini berdasarkan cadangan/input penambahbaikan yang diterima daripada Pejabat Perakaunan dengan mengambil kira keperluan perubahan proses kerja serta cadangan penambahbaikan semasa sesi Train The Trainers(TTT) Draf Akhir SPANM Bilangan 3 Tahun 2026 yang telah diadakan pada 11 hingga 13 Mei 2026. SPANM Bilangan 3 Tahun 2026 ini boleh diakses serta dimuat turun melalui Portal JANM.
- Dengan berkuat kuasa surat pekeliling ini, Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 2 Tahun 2021 rujukan JANM.BKP.600-14/1/11 Jld.2 (11) bertarikh 5 Februari 2021 – Tatacara Pengurusan Panjar adalah dibatalkan.
- Bersama-sama ini dikemukakanpautan SPANM Bilangan 3 Tahun 2026 – Tatacara Pengurusan Panjaruntuk rujukan dan tindakan YBhg. Dato’ Seri/Tuan/Puan selanjutnya. Kerjasama pihak YBhg. Dato’ Seri/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Pejabat Perakaunan masing-masing.
- Pertanyaan lanjut mengenai SPANM Bilangan 3 Tahun 2026 boleh dirujuk kepada pihak berikut:
(1) Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat & Agensi (BPOPA),
Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Aras 3, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana,
Presint 2,
62594 Putrajaya.
u.p. : Unit Pengurusan Akaun Panjar dan Bank
E-mel :
No. Tel. : 03 - 8882 1497/ 1564/ 1637/ 1602/ 1550/ 1636
(2) Bahagian Khidmat Perunding (BKP),
Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Aras 5, Perbendaharaan 2,
No. 7, Persiaran Perdana,
Presint 2,
62594 Putrajaya.
u.p. : Unit Perakaunan Strategik (UPS)
E-mel :
No. Tel. : 03 - 8886 9623/ 9761/ 9538/ 9651/ 9602/ 9875
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
UNIT PERAKAUNAN STRATEGIK
Seksyen Perundingan Kewangan dan Perakaunan,
Bahagian Khidmat Perunding,
Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Kompleks Kementerian Kewangan,
Persiaran Perdana, Putrajaya.
Lampiran :
1. Surat Edaran SPANM Bil 3 2026 Tatacara Pengurusan Panjar
2. SPANM Bil 3 2026 Tatacara Pengurusan Panjar
UNIT AKAUN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI KEDAH



