Tuan/Puan,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tuan/Puan,
Saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas dan Surat Edaran BPOPP Bilangan 8 Tahun 2026 bertarikh 8 Mei 2026 adalah berkaitan.
2. Sepertimana tuan/puan sedia maklum, pelaksanaan second validation pembayaran Kerajaan di sistem iGFMAS bagi entiti Nombor Tentera (NOTE) telah mula dilaksanakan secara berperingkat dalam tiga fasa mengikut bank bermula 3 Jun 2026. Pihak JANM sentiasa memantau aktiviti pelaksanaan second validation dan mendapati berlaku peningkatan bilangan EFT Batal secara mendadak disebabkan pelaksanaan second validation ID NOTE.
3. Sebagai langkah awal bagi mengurangkan peningkatan ketara bilangan EFT Batal disebabkan pelaksanaan second validation ID NOTE, Pengurusan Tertinggi JANM melalui minit bebas no.ruj JANM.600-20/2/8 Jld. 2 (24) bertarikh 16 Jun 2026 telah bersetuju untuk penangguhan sementara go live second validation ID NOTE. Pengaktifan semula akan dimaklumkan setelah tindakan susulan bagi EFT batal dan proses pemurnian data selesai.
Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT AKAUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI KEDAH



