# Archived : iRAO - iReference Accounting Office#

Rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2026 ( 20 )
Tarikh : 29 Januari 2026
Assalamualaikum W.B.T / Salam Sejahtera,
Tuan/ Puan,
SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 1 TAHUN 2026
PINDAAN PROSES KELULUSAN BAGI PERMOHONAN PEMBAYARAN MELALUI INDEN KERAJAAN SELARI DENGAN SURAT KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sepertimana Pejabat Perakaunan sedia maklum, Kementerian Kewangan (MoF) telah menambahbaik pelaksanaan kelulusan pembayaran melalui Invois Tanpa Pesanan Kerajaan (ITPK) pembayaran melalui surat rujukan MOF. BPK(S) 600-1/10/5 Jld.3(2) bertarikh 13 Januari 2026 seperti yang dilampirkan. Penetapan pelaksanaan turut dipanjangkan kepada permohonan kelulusan pembayaran kontrak perolehan kerja Kerajaan dengan had amaun baharu yang dinyatakan di dalam surat tersebut. Sehubungan dengan itu, Surat Edaran BPOPP Bilangan 8 Tahun 2024 – Proses Kelulusan Bagi Permohonan Pembayaran Melalui Inden Kerajaan bertarikh 3 April 2024 adalah dibatalkan melalui surat edaran ini.
3. Selaras dengan penurunan kuasa yang diberikan oleh MoF bagi senario perolehan kerja Kerajaan yang memerlukan kelulusan Akauntan Negara Malaysia seperti yang diperincikan di dalam surat tersebut, proses permohonan adalah seperti berikut :
i. PTJ mengemukakan permohonan yang terdiri daripada borang permohonan kelulusan khas mengikut format yang ditetapkan berserta dokumen sokongan yang lengkap (Rujuk Lampiran). Borang permohonan tersebut hendaklah dikemukakan melalui Kementerian dengan ulasan dan syor Pegawai Pengawal.
ii. Bahagian Akaun Kementerian perlu mengemukakan borang permohonan yang telah lengkap kepada JANM melalui e-mel :
a. Pengarah Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP); dan
b.
Salinan e-mel kepada :
a. Pengarah Bahagian Khidmat Perunding (BKP); dan
b.
iii. JANM akan menyedia dan mengemukakan kertas pertimbangan serta syor melalui Timbalan Akauntan Negara (Operasi) untuk pertimbangan dan kelulusan ANM.
iv. Setelah mendapat kelulusan daripada ANM, pembayaran selanjutnya dilaksanakan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) menggunakan Arahan Pembayaran Dengan Pesanan dengan mencatat nombor rujukan kelulusan ANM pada Inden Kerajaan di sistem iGFMAS bagi tujuan pelaporan dan ketepatan penggunaan modul di sistem iGFMAS.
4. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Edaran BPOPP Bilangan 1 Tahun 2026 - Pindaan Proses Kelulusan Bagi Permohonan Pembayaran Melalui Inden Kerajaan Selari Dengan Surat Kementerian Kewangan Malaysia melalui link https://drive.google.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM KEDAH



