Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

PENUTUPAN AKAUN BULAN APRIL 2026

Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM Kedah perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan setiap bulan.

BAYARAN

PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat Perakuan II bagi Arahan Pembayaran SELEPAS jam 10.00 PAGI pada 30 April 2026 (Khamis)

Sila ambil perhatian bagi PTJ yang ada pembayaran kepada pembekal PEMFAKTORAN agar dapat selesaikan Peraku 2 Arahan Pembayaran pada 27 April 2026 (Isnin).

Proses Perakuan II Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa pada 1 Mei 2026 (Jumaat).

TERIMAAN

i.  Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan SEGERA. Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan pada 30 April 2026 (Khamis) sahaja (hari terakhir bekerja setiap bulan).  

ii. Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan SPANM 3/2025 dan semua amaun yang telah dipindahkan (korporat id), PENYATA PEMUNGUT PERLU TINDAKAN PERAKU 2 SEGERA TANPA GAGAL agar Penyata Penyesuaian Bank (Akaun Terimaan) berakhir 30 April 2026 dapat diselesaikan dengan teratur.

iii. PTJ yang telah memohon penggunaan Akaun Terimaan Utama JANM bagi terimaan secara EFT hendaklah SEGERA menyediakan Penyata Pemungut apabila diarahkan oleh JANM Kedah.

iv. PTJ yang menyediakan Penyata Pemungut bagi jenis pungutan (C): Diperbankkan dan diperakaunkan pada 30 April 2026 (Khamis), PTJ PERLU TANPA GAGAL bawa Penyata Pemungut tersebut ke bank pada 30 April 2026 (Khamis) untuk melancarkan Proses Penutupan Akaun Bulan April 2026.

v. Bagi PTJ yang membawa pungutan ke PUBLIC BANK, sila pastikan tiada pungutan dibawa ke bank pada hari terakhir setiap bulan, semua pungutan haruslah dibawa ke bank sehari sebelum hari terakhir setiap bulan. Jika ada keperluan untuk membawa Penyata Pemungut ke bank sila pilih Bank (Affin, Maybank, CIMB).

Sila pastikan Pegawai Peraku I dan Peraku II sentiasa berada di dalam kawasan semasa proses Penutupan Akaun Bulan April 2026 dan mohon semakan dan pengesahan bagi pegawai Peraku I dan Peraku II yang mempunyai Roaming OTP, sila pastikan Roaming OTP tersebut dalam keadaan masih berstatus “aktif.”

Pihak PTJ diminta untuk merancang proses membuat perakuan bagi melancarkan penutupan akaun bulan April 2026. Mana-mana PTJ yang gagal mematuhi arahan ini perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak JANM Kedah. 

Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. 

Sekian,terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM KEDAH