Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Kedah

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

PELARASAN HARGA WARAN PERJALANAN UDARA AWAM (WPUA) - MALAYSIA AIRLINES DAN FIREFLY

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada surat Malaysia Aviation Group Berhad (MAG) rujukan GS/MY-011/APR bertarikh 1 April 2026 dan surat Bahagian Khidmat Perunding (BKP) Jabatan Akauntan Negara Malaysia rujukan JANM.600-20/2/5 Jld.5 (28) bertarikh 3 April 2026 mengenai perkara di atas.

2.    Dimaklumkan, pihak MAG telah menyelaraskan harga Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) Malaysia Airlines dan Firefly bagi sektor domestik dan antarabangsa berikutan ketidaktentuan serta peningkatan harga bahan api global yang berterusan. Senarai harga WPUA baharu termasuk surcaj bahan api (YQ) akan berkuatkuasa pada 14 April 2026.

3.    Bersama-sama ini dilampirkan surat daripada BKP JANM dan MAG beserta senarai harga WPUA MAB dan Firefly yang terkini untuk rujukan dan makluman pihak YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan.

4.    Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Dana

JANM Negeri Kedah

 

Harga Tambang 2026 GOVT FY - Kemaskini 14 April 2026 (YQ) 1

PELAKSANAAN PELARASAN SURCAJ BAHAN API (YQ) BAGI TAMBANG GOVT MALAYSIA AIRLINES BERHAD BERKUAT KUASA 14APRIL 2026

SURAT PEMAKLUMAN HARGA WPUA BAHARU MAG

Harga Tambang 2026 GOVT MAB - Kemaskini 14April 2026 (YQ)