Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datin/Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN PENYELARASAN HARGA TIKET PENERBANGAN WARAN PERJALANAN UDARA AWAM (WPUA) AIRASIA TAHUN 2026

 Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada surat AirAsia Berhad bertarikh 16 Januari 2026 mengenai perkara di atas.

2.  Dimaklumkan bahawa AirAsia Berhad telah mengemukakan senarai harga tiket penerbangan Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) tahun 2026 bagi penerbangan domestik dan antarabangsa  berkuat kuasa mulai 16 Februari 2026Penyelarasan harga WPUA tersebut melibatkan penyelarasan tahunan bagi mengimbangi kos-kos berkaitan harga tiket penerbangan termasuk penyerapan cukai. 

 3.  Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan senarai harga WPUA AirAsia bagi tahun 2026 yang terkini untuk rujukan dan makluman pihak tuan/puan. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Surat Edaran Pemberitahuan Penyelarasan Harga Tiket Penerbangan WPUA AirAsia Tahun 2026

Pemberitahuan Harga Domestik dan Antarabangsa bagi Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) AirAsia 2026

HARGA AIRASIA WPUA 2026 - updated 22Jan2026