Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datin/Tuan/Puan,
PEMBERITAHUAN HARGA TIKET PENERBANGAN WARAN PERJALANAN UDARA AWAM (WPUA) AIR ASIA TAHUN 2026
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada surat AirAsia Berhad bertarikh 31 Disember 2025 mengenai perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa harga tiket penerbangan Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) bagi AirAsia untuk penerbangan domestik dan antarabangsa tahun 2026 adalah masih mengekalkan harga WPUA 2025 sebagaimana memorujukan JANM.600-20/2/5 JLD.3 (20) bertarikh 17 Mac 2025 serta surat AirAsia Berhad bertarikh 14 Mac 2025. Harga WPUA ini kekal berkuat kuasa sehingga harga baharu WPUA 2026 dikeluarkan.
3. Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan surat untuk rujukan dan makluman pihak tuan/puan. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Surat Edaran Pemberitahuan Harga Tiket Penerbangan WPUA Air Asia Tahun 2026



