Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN HARGA TIKET PENERBANGAN WARAN PERJALANAN UDARA AWAM MALAYSIA AIRLINES BERHAD DAN FIREFLY TAHUN 2026
Dengan segala hormatnya saya merujuk surat Malaysia Aviation Group Berhad (MAG) rujukan GS/MY-030/DIS2025 bertarikh 5 Disember 2025 dan surat Bahagian Khidmat Perunding (BKP) Jabatan Akauntan Negara Malaysia rujukan JANM.600-20/2/5 JLD 5(4) bertarikh 12 Disember 2025 mengenai perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa MAG telah mengemukakan senarai harga tiket penerbangan Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) yang terkini bagi Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Firefly bagi tempoh 01 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2026. Harga Baharu WPUA yang dikemas kini adalah berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.
3. Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan surat daripada BKP JANM dan MAG beserta senarai harga WPUA MAB dan Firefly yang terkini untuk rujukan dan makluman pihak tuan/puan. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Dana
JANM Negeri Kedah
HARGA TAMBANG KERAJAAN MALAYSIA AIRLINES BERHAD & FIREFLY BERKUATKUASA 01JAN26-31DIS26



