Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2025 ( 324 )

Tarikh :  7 November 2025

 

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.      Merujuk kepada pertanyaan JANM Bintulu berkaitan ketidakseragaman bagi kaedah pembayaran dan kod akaun bagi pemasangan meter elektrik dan meter air kali pertama,  penyelarasan bersama Bahagian Khidmat Perunding (BKP) dan Bahagian Pengurusan Operasi Pusat dan Agensi (BPOPA) adalah seperti berikut :

             i. Pemasangan meter elektrik dan air buat kali pertama adalah termasuk dalam perkhidmatan yang diberikan oleh Agensi Pukal atas justifikasi pemasangan meter elektrik/air perlu dilaksanakan sebelum Perkhidmatan dapat diberikan kepada pengguna. Kos pemasangan meter air dan elektrik buat kali pertama adalah dibenarkan untuk dibayar melalui Kemudahan Bayaran Pukal. Walau bagaimanapun, sekiranya meter tersebut perlu dibuat pemasangan semula akibat perpindahan lokasi pejabat atau atas sebab-sebab lain, kos tambahan tersebut hendaklah dibayar di luar Kemudahan Bayaran Pukal.

            ii. Pemasangan meter elektrik dan meter air kali pertama boleh diselaraskan untuk diperakaunkan di bawah kod siri B0223* dengan mengambil kira prinsip yang sama di bawah perbelanjaan perhubungan.

 3.       Sehubungan dengan itu, Pejabat Perakaunan hendaklah memastikan keseragaman kod akaun dan kaedah bayaran  bagi pemasangan meter elektrik dan air seperti yang dinyatakan di atas.

Sekian, terima kasih.

 

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM KEDAH