Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Rujukan : ANM/KD/OPS/G010(45)

Tarikh : 16 Oktober 2025

Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Kedah

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,

PENGWUJUDAN KOD POTONGAN BAHARU BAGI BAYARAN BALIK ELAUN TAHUN SEMASA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Selaras dengan keputusan Mesyuarat Isu-Isu Operasi Pejabat Perakaunan Bilangan 3 Tahun 2024 Perkara 4.4 Emolumen : Kod Akaun Kutipan Balik Elaun Tidak Tepat – Risiko Kod Akaun Berbaki Kredit, mesyuarat bersetuju untuk mewujudkan wagetype bagi setiap kod akaun kutipan balik elaun terlebih bayar.

3. Untuk makluman, terdapat pewujudan kod potongan baharu bagi bayaran balik elaun terlebih bayar tahun semasa dan sedia digunakan mulai bulan pemprosesan emolumen Oktober 2025 seperti berikut:

Perihal Bayaran Kod Potongan (HCM) Nama Kod Potongan
Bayaran Balik Imbuhan Tetap Jawatan Utama/Gred Khas (Tahun Semasa) 4556 Byrn Blk I. Tttp JUtama (TS)
Bayaran Balik Imbuhan Tetap Perumahan (Tahun Semasa) 4557 Byrn Blk ITP (TS)
Bayaran Balik Imbuhan Tetap Khidmat Awam (Tahun Semasa) 4558 Byrn Blk ITKA (TS)
Bayaran Balik Bayaran Insentif Khas Pegawai Profesional (Tahun Semasa) 4559 Byrn Blk By Ins Khas PPrf
Bayaran Balik Bayaran Insentif Tugas Kewangan (Tahun Semasa) 4560 Byrn Blk BITK (TS)

Sekian, terima kasih.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Kedah