Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM Kedah perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan setiap bulan.
BAYARAN
PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS jam 12.00 tengah hari pada 30 September 2025 (Selasa)
Sila ambil perhatian bagi PTJ yang ada pembayaran kepada pembekal pemfaktoran agar dapat selesaikan Peraku 2 Arahan Pembayaran pada 28 September 2025 (Ahad).
Proses Perakuan 2 Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa pada 1 Oktober 2025 (Rabu).
TERIMAAN
i. Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan SEGERA. Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan pada 30 September 2025 sahaja (hari terakhir bekerja setiap bulan).
ii. Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan SPANM 3/2025.
iii. PTJ yang telah memohon penggunaan Akaun Terimaan Utama JANM bagi terimaan secara EFT hendaklah SEGERA menyediakan Penyata Pemungut apabila diarahkan oleh JANM Kedah.
iv. PTJ yang menyediakan Penyata Pemungut bagi jenis pungutan (C) : Diperbankkan dan diperakaunkan pada 30 September 2025 (Selasa), PTJ PERLU TANPA GAGAL bawa Penyata Pemungut tersebut ke bank pada tarikh 30 September 2025 (Selasa).
v. Sila pastikan Pegawai Peraku I dan Peraku II sentiasa berada di dalam kawasan semasa proses penutupan bulan September 2025 dan mohon semakan dan pengesahan bagi pegawai Peraku I dan Peraku II yang mempunyai Roaming OTP, sila pastikan Roaming OTP tersebut dalam keadaan masih berstatus “aktif.”
Pihak PTJ diminta untuk merancang proses membuat perakuan bagi melancarkan penutupan akaun bulan September 2025. Mana-mana PTJ yang gagal mematuhi arahan ini perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak JANM Kedah.
Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian,terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM KEDAH