Rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2025 ( 246 )
Tarikh : 5 September 2025
Assalamualaikum W.B.T / Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 8 - PINDAAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN TERIMAAN SECARA ELECTRONIC FUND TRANSFER (EFT) KE AKAUN TERIMAAN UTAMA PEJABAT PERAKAUNAN
Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Sepertimana yang telah dibentangkan semasa Mesyuarat Pengarah dan Ketua Akauntan (MPKA) Bilangan 2 Tahun 2025 bertarikh 12 Ogos 2025, sesi Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Garis Panduan Pengurusan Terimaan Secara Electronic Fund Transfer (EFT) Ke Akaun Terimaan Utama Pejabat Perakaunan dipinda selaras dengan keperluan operasi Pejabat Perakaunan.
3. Berikut merupakan antara tindakan yang perlu diberi perhatian oleh Pejabat Perakaunan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) selanjutnya :
i. Pejabat Perakaunan hendaklah memastikan kelulusan ini tidak didedahkan di mana-mana platform, kelulusan hanya diberikan berdasarkan kepada permohonan Pejabat Pemungut; dan
ii. PTJ hendaklah mematuhi format ID Korporat Terimaan sebagai rujukan di ruangan Recipient Reference bagi memastikan terimaan dikenal pasti oleh Pejabat Perakaunan.
4. Bersama-sama ini dikemukakan dokumen berikut untuk rujukan Pejabat Perakaunan dan PTJ :
i. Lampiran 1 - Garis Panduan Pengurusan Terimaan Secara Electronic Fund Transfer (EFT) Ke Akaun Terimaan Utama Pejabat Perakaunan; dan
ii. Lampiran 2 - Borang Permohonan Kelulusan Terimaan Secara EFT Melalui Akaun Terimaan Utama Pejabat Perakaunan.
5. Pejabat Perakaunan dan PTJ hendaklah mematuhi garis panduan ini bagi memastikan semua transaksi terimaan dapat diperakaunkan sewajarnya. Pejabat Perakaunan hendaklah memastikan Item Tertunggak Penyata Penyesuaian Bank bagi Akaun Bank Terimaan diselesaikan dalam tempoh ditetapkan dengan sasaran KPI 100%. Surat Edaran BPOPP Bilangan 8 Tahun 2025 dan Lampiran boleh dimuat naik di link di bawah :
https://drive.google.com/drive/folders/1lSbnU-cOhIGcYd6TOE5GQMLmb_s47FnK?usp=drive_link
6. Dengan berkuat kuasanya Surat Edaran ini, Surat Edaran BPOPP Bilangan 12 Tahun 2022 – Garis Panduan Pengurusan Terimaan Secara Electronic Fund Transfer (EFT) Ke Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan bertarikh 4 November 2022 adalah dibatalkan.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM KEDAH