PEMAKLUMAN PENYELARASAN BAGI TUJUAN PENYERAGAMAN NAMA ATAS CEK/DRAF BANK/KIRIMAN WANG BAGI SEMULA PTJ DI BAWAH SELIAAN JANM, KEDAH
Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa merujuk kepada Arahan Perbendaharaan Para 76 (a) berkaitan Penerimaan Cek dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 3/2025, Para 4.2.3 (2) a berkaitan Mod Terimaan/Cara Bayaran (Cek), adalah dipatuhi.
Susulan itu, Jabatan Akauntan Negara Negeri Kedah ingin membuat pemakluman penyelarasan bagi tujuan penyeragaman nama atas Cek/Draf Bank/Kiriman Wang bagi mengelak berlakunya kekeliruan pemakluman oleh semua PTJ kepada pembayar semasa penyediaan cek/draf bank/kiriman wang dan pemakluman ini berkuat kuasa serta-merta seperti ketetapan berikut:
Nama Atas Cek/Draf Bank/Kiriman Wang : AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
Segala kerjasama dan perhatian semua berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian,terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM KEDAH