SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 7 TAHUN 2025
_____________________________
PELANTIKAN POS MALAYSIA BERHAD SEBAGAI AGENSI PUKAL BAGI KEMUDAHAN BAYARAN PUKAL JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
_____________________________
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Pos Malaysia Berhad (POS) telah mendapat kelulusan untuk menggunakan Kemudahan Bayaran Pukal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (kod agensi: 2000000041) pada 12 Januari 2024 bagi perkhidmatan penghantaran (kurier) dokumen dan barang-barang domestik dan luar negara secara pos laju kepada Kementerian/Jabatan Persekutuan.
3. Perjanjian Kemudahan Bayaran Pukal JANM antara Kerajaan Malaysia dan POS telah dimuktamadkan dan berkuatkuasa bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2026.
4. Untuk makluman, pengujian integrasi terhadap sistem agensi dan sistem iGFMAS telah berjaya dilaksanakan pada 5 hingga 7 Mei 2025. Sehubungan itu, kerjasama Pejabat Perakaunan untuk mengambil tindakan seperti berikut:
i. Mewujudkan akaun pukal dengan menghantar borang Kew.310e kepada agensi bermula pada 1 Julai 2025;
ii. Memastikan Pusat Tanggungjawab (PTJ) menyelesaikan semua tunggakan bil/invois terlebih dahulu sebelum mewujudkan akaun pukal (hanya akaun yang tidak mempunyai tunggakan sahaja dibenarkan untuk dibayar melalui Kemudahan Bayaran Pukal); dan
iii. Memantau pelaksanaan pewujudan akaun pukal dan memaklumkan status kepada BPOPP melalui https://tinyurl.com/Pengesahan-Akaun-POS-AO-2025 .
5. Penetapan tarikh permulaan bagi pembayaran melalui Kemudahan Bayaran Pukal adalah pada bulan Ogos 2025 bagi bil bulan Julai 2025. Kerjasama tuan/puan bagi memastikan proses pewujudan akaun pukal ini berjalan lancar amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM KEDAH