Ruj. Kami : ANM/KD/OPS/158 JLD.11 (79)
Tarikh: 15 Jun 2025
Semua Pusat Tanggungjawab
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan/puan, permohonan bagi penggunaan kod akaun Lebihan atau Kurangan Terkumpul [Retained Earnings (RE)] bagi tahun 2025 dibuka mulai 16 JUN 2025 (ISNIN). Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Panduan Permohonan Penggunaan Kod Akaun Lebihan atau Kurangan Terkumpul [Retained Earnings (RE)] sebagai rujukan dan penyeragaman permohonan sebelum dihantar kepada JANM Kedah. Untuk makluman, borang permohonan penggunaan kod lebihan dan kurangan (lampiran 1) dan senarai semak permohonan (lampiran 3) yang dikemukakan ke Unit Pengurusan Dana perlu disediakan dalam satu salinan asal (hardcopy) dan satu salinan softcopy yang telah lengkap diemelkan ke alamat
3. Adalah dimaklumkan juga bahawa semua permohonan hendaklah dihantar ke JANM Kedah selewat-lewatnya 31 Julai 2025 untuk tujuan semakan sebelum diangkat ke Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi, JANM Putrajaya. Sekiranya terdapat pindaan ke atas panduan atau lampiran kepada panduan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Perhatian dan kerjasama semua pihak tuan/puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan diucapkan terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM KEDAH
SURAT PEMAKLUMAN PERMOHONAN RE KEPADA PTJ BERTARIKH 15 JUN 2025