Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 6 TAHUN 2023

____________________________________________________

                                                      PENYERAGAMAN PENGGUNAAN KOD AKAUN (CARTA AKAUN AKRUAN - CAA), PERIHAL DAN MODUL BAYARAN

 __________________________________________________________________

Telah sedia terpapar di Portal JANM, Kedah pada 06 Jun 2023 di pautan link : https://kedah.anm.gov.my/arkib-kedah/pengumuman/2023/11016-penyeragaman-penggunaan-kod-akaun-carta-akaun-akruan-caa-perihal-dan-modul-bayaran

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, penggunaan kod akaun (CAA), perihal dan modul bayaran yang kerap digunakan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah diseragamkan melalui platform MyCODE yang telah dibangunkan oleh JANM Selangor  bersama semua Pejabat Perakaunan. Ini bertujuan bagi memastikan proses semakan AO yang standard oleh semua Pejabat Perakaunan dan mengelakkan aduan ketidakseragaman di antara Pejabat Perakaunan.

 3. Sehubungan dengan itu, Pejabat Perakaunan dan PTJ boleh merujuk kepada MyCODE sebagai panduan dan rujukan bagi tujuan penyediaan/ semakan Pesanan Kerajaan/ Arahan Pembayaran dan transaksi-transaksi lain yang berkaitan. MyCODE ini boleh diakses melalui pautan berikut :   https://shorturl.at/jqTW5 (Link ini sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Mohon perhatian semua PTJ agar save di link bookmark sahaja dibenarkan) Pejabat Perakaunan dan PTJ perlu merujuk bersama pekeliling/ surat pekeliling Carta Akaun Akruan yang berkuat kuasa bagi penjelasan lanjut/ kod akaun yang tidak disenaraikan di dalam MyCODE.

 4. MyCODE ini telah mengambil kira perihal bayaran seperti yang dinyatakan di dalam surat edaran yang terdahulu rujukan ANM(OC) 07/7 Jld.6 (24) bertarikh 10 Julai 2007 di mana maklumat perihal Pesanan Kerajaan / Arahan Pembayaran hendaklah tepat sepertimana maklumat yang diperlukan tertera di Penyata Bank penerima bayaran. Maklumat perihal bayaran hendaklah menyatakan nombor invois dan tujuan bayaran/ keterangan yang bersesuaian mengikut jenis bayaran. Selaras dengan kemudahan di sistem bank, hanya 20 aksara pertama sahaja yang tertera di Penyata Bank penerima bayaran seperti di Lampiran 1

 5. Justeru, Pejabat Perakaunan akan melaksanakan proses semak AO berdasarkan panduan perihal bayaran yang dinyatakan di dalam Lampiran 1 dan pautan MyCODE yang diberikan.

 6. Surat edaran ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2023 dan surat Bahagian Pengurusan Operasi Cawangan (BPOC) rujukan ANM(OC) 07/7 Jld.6 (24) bertarikh 10 Julai 2007 adalah terbatal.Bersama-sama ini dilampirkan surat edaran untuk rujukan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Dana

Dibatal_Perihal-Baucar-Bayaran-Surat-BPOPP-bertarikh-10072007_210525_143945-_1_-_1__2

Final_Blast_Surat_Edaran_BPOPP_Bil_6_Tahun_2023_Penyeragaman_Kod_Akaun_CAA_Perihal_dan_Modul_Byrn