Rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2025 (29)
Tarikh : 17 Januari 2025
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,
Tuan/ Puan,
PENGESAHAN MOF BAGI TUJUAN PENYERAGAMAN OPERASI AO : PENGESAHAN PENGELUARAN PESANAN KERAJAAN (PK) / TANGGUNGAN KONTRAK PADA AWAL TAHUN
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Berdasarkan kepada emel MOF bertarikh 17 Januari 2025 seperti pada rangkaian emel di bawah, mengambil kira tempoh penyaluran peruntukan pada setiap awal tahun, BPK, MOF berpandangan bahawa suatu peraturan tanggungan peruntukan khusus bagi pelaksanaan pada awal tahun wajar juga diberi perhatian bagi situasi dimana perkhidmatan yang bermula sebelum penyaluran peruntukan dibuat.
3. Sehubungan itu, MOF tiada halangan bagi Pesanan/ Pertanggungan Kontrak pada awal tahun dilakukan setelah peruntukan diterima pada bulan Januari xxx. (Penetapan peruntukan diterima sehingga bulan Januari xxx sahaja mengambil mengambil kira pertanggungan dilakukan pada bulan semasa iaitu pada bulan Januari xxx). MOF bersetuju kebenaran ini adalah rujukan secara berterusan untuk tahun seterusnya.
Sekian, untuk rujukan Pejabat Perakaunan dan PTJ selanjutnya.
Terima kasih