Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

PENUTUPAN AKAUN BULAN DISEMBER DAN AKHIR TAHUN 2024

Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM Kedah perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan dan tahunan. 

BAYARAN

    a. Tarikh akhir pemprosesan dokumen kewangan tahun 2024 bagi Vot Amanah/ PFI/Deposit adalah pada 30 Disember 2024 (Isnin).

    b. PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS jam 12.00 tengah hari pada 31 Disember 2024 (Selasa),* Kecuali bagi Dokumen Penerima Berganda (RE) adalah pada 30 Disember 2024 (Isnin). Proses Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa mulai 1 Januari 2025 (Rabu).

 TERIMAAN

    a. Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dan dihantar ke bank selewat-lewatnya pada jam 3 petang, 31 Disember 2024 (Selasa).

    b. Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan pada 31 Disember 2024 sahaja. CIH (A0122101) diselesaikan selaras AP78(a) dan AP79.

    c. Bagi terimaan secara ePembayaran/online, PTJ hendaklah:  

                              i. Menghubungi Acquiring Bank masing-masing bagi mendapatkan ID Korporat pindahan wang. (Tindakan PTJ yang masih tidak mempunyai Portal Bank)

                              ii.  Memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut ke Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari  bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan SPANM 3/2019.

                              iii. Baki wang dalam ATKP bagi terimaan pada 31 Disember 2024 dipindahkan selewat-lewatnya pada 02 Januari 2025.

    d. PTJ yang telah memohon penggunaan Akaun Terimaan JANM bagi kutipan secara EFT hendaklah SEGERA menyediakan Penyata Pemungut apabila diarahkan oleh JANM Kedah.

   e. Semua Jenis Terimaan (Tunai, Selain Tunai, ePembayaran & EFTyang diterima sebelum 31.12.2024 WAJIB disediakan Resit, Penyata Pemungut dan diakaunkan ke bank selewat-lewatnya pada jam 3 petang 31.12.2024

PTJ diminta untuk merujuk slides Taklimat Penutupan Akaun Tahun 2024 untuk maklumat lanjut.

Pihak PTJ diminta untuk merancang proses membuat perakuan bagi melancarkan penutupan akaun bulan Disember 2024. Mana-mana PTJ yang gagal mematuhi arahan ini perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak JANM Kedah. 

Kerjasama, komitmen dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

   PAT 2024 - Terimaan

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM KEDAH