Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman

JEMPUTAN TAKLIMAT PENUTUPAN AKHIR TAHUN 2024

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan, Taklimat Penutupan Akhir Tahun 2024 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 26 November 2024 (Selasa)

Masa : 9.30 pagi 

Tempat : Dewan Kuliah 4, POLIMAS

3. Sehubungan itu, JANM Kedah dengan hormatnya menjemput tuan/puan selaku wakil dari Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk menghadiri taklimat ini. Dimaklumkan juga, hanya seorang sahaja wakil dari PTJ yang dijemput ke taklimat ini memandangkan kapasiti tempat yang terhad. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang persoalan untuk diajukan semasa taklimat, sila masukkan pertanyaan tuan/puan di pautan berikut:-
 
 
Sila sahkan juga kehadiran tuan/puan sebelum 21.11.2024 dengan mengisi maklumat di pautan yang sama.
 
4. Bersama-sama ini juga dikemukakan pautan untuk nota PAT 2024. Walau bagaimana pun, nota ini hanya boleh dicapai pada 25.11.2024.
 
 
5. Perhatian tuan/puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai. sekian, terima kasih

Sekian, terima kasih

SURAT PENUTUPAN AKAUN

SENARAI PTJ