Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada e-mel AirAsia Berhad bertarikh 26 Jun 2024 dan surat Jabatan ini rujukan: JANM.600-20/2/5(20) bertarikh 9 Mei 2024 mengenai perkara di atas.
 

2.       Dimaklumkan bahawa AirAsia Berhad telah mengemukakan senarai pelarasan harga tiket penerbangan Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) baharu bagi penerbangan domestik dan antarabangsa. Semakan mendapati, penyelarasan harga WPUA tersebut melibatkan penyerapan cukai dan surcaj bahan api yang dikemas kini bagi mengimbangi jumlah tawaran harga WPUA 2024  sepertimana emel AirAsia pada 17 April 2024. Walau bagaimanapun, harga tiket penerbangan WPUA secara keseluruhan adalah tidak berubah.

3.       Pelarasan harga WPUA ini telah berkuat kuasa pada 1 Jun 2024. Bersama ini disertakan senarai pelarasan harga WPUA AirAsia Berhad yang terkini untuk rujukan YBhg. Datin/Tuan/Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

 

Pemberitahuan Pelarasan Harga Tiket Penerbangan Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) AirAsia Berhad kuat kuasa 1 Jun 2024

HARGA AIRASIA WPUA 2024 - DOMESTIC - updated 25 Jun 2024

HARGA AIRASIA WPUA 2024 - INTERNATIONAL - updated 25 Jun 2024

HARGA AIRASIA WPUA 2024 - INTERNATIONAL -D7 - updated 25 Jun 2024

Pemberitahuan Harga Terkini bermula 1 Jun 2024 WPUA AirAsia