Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penyediaan Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan, Arkib Negara Malaysia telah selesai menyediakan dan mencetak buku Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan 2023 yang akan digunapakai bagi tujuan pelupusan rekod-rekod kewangan dan perakaunan di kementerian,jabatan serta agensi yang terikat dengan Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023).

                          Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan Edisi 2023 ini disediakanbagi tujuan menambahbaik kandungan, tempoh pemusnahan dan tindakanpelupusan yang selaras dengan Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) serta penyesuaian kepada inisiatif pendigitalan negara.Jadual ini juga turut mengenal pasti beberapa rekod kewangan dan perakaunan yang perlu disimpankekal di Arkib Negara Malaysia kerana ianya memiliki nilai sejarah, kewangan dan perakaunan serta berguna untuk rujukan di masa akan datang.

                         Untuk pengetahuan YBhg. Tan Sri Datuk Sri/ Datuk/ Dato' Tuan/Puan, tarikh kuatkuasa pemakaian Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan 2023 ini adalah SERTA MERTA dan dengan ini penggunaan buku Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan edisi 2008 adalah terbatal.Sehubungan itu, pejabat awam hendaklah melaksanakan tindakan pelupusan bagi rekod kewangan dan perakaunan yang telah mencapai tempoh simpanan yang telah ditetapkan dengan merujuk pada Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakauan 2023. 
 
                       Berikut adalah pautan kepada Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan Edisi 2023 untuk rujukan YBhg. Tan Sri Datuk Sri/ Datuk/ Dato' Tuan/Puan selanjutnya.
 
Sekian, terima kasih.
 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah