Rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2024 (127)
Tarikh : 3 April 2024
YBhg Dato'/Datin/ Tuan/ Puan,
SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 8 TAHUN 2024
PROSES KELULUSAN BAGI PERMOHONAN PEMBAYARAN MELALUI INDEN KERAJAAN
Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sepertimana Pejabat Perakaunan sedia maklum, Kementerian Kewangan melalui surat rujukan MOF. BPK(S) 600-14/28/2(6) bertarikh 25 November 2022 telah memberi penurunan kuasa kepada Pegawai Pengawal untuk meluluskan pembayaran melalui Invois Tanpa Pesanan Kerajaan sehingga nilai kumulatif sebanyak RM1 juta bagi setiap perolehan bekalan dan perkhidmatan. Seterusnya, Kementerian Kewangan memberi penurunan kuasa tersebut dipanjangkan kepada perolehan kerja Kerajaan seperti surat MOF.BPK(S)600-14/11/11Jld.6(42) bertarikh 3 Januari 2024 seperti yang dilampirkan.
3. Justeru, selaras dengan penurunan kuasa yang diberikan oleh MOF bagi senario perolehan kerja Kerajaan yang memerlukan kelulusan Akauntan Negara Malaysia, proses permohonan adalah seperti berikut :
i. PTJ mengemukakan permohonan yang terdiri daripada borang permohonan kelulusan khas mengikut format yang ditetapkan berserta dokumen sokongan yang lengkap (Rujuk Lampiran). Borang permohonan tersebut hendaklah dikemukakan melalui Kementerian dengan ulasan dan syor Pegawai Pengawal.
ii. Bahagian Akaun Kementerian perlu mengemukakan borang permohonan yang telah lengkap kepada JANM melalui e-mel :
a. Pengarah Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP); dan
b.
Salinan e-mel kepada :
a. Pengarah Bahagian Khidmat Perunding (BKP); dan
b.
iii. JANM akan menyedia dan mengemukakan kertas pertimbangan serta syor melalui Timbalan Akauntan Negara (Operasi) untuk pertimbangan dan kelulusan ANM.
iv. Setelah mendapat kelulusan daripada ANM, pembayaran selanjutnya dilaksanakan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) menggunakan Arahan Pembayaran Dengan Pesanan dengan mencatat nombor rujukan kelulusan ANM pada Inden Kerajaan di sistem iGFMAS bagi tujuan pelaporan dan ketepatan penggunaan modul di sistem iGFMAS.
Sekian, terima kasih.
SURAT MOF PENAMBAIKAN PROSES KELULUSAN BAGI PERMOHONAN PEMBAYARAN MELALUI INDEN KERJA SECARA MANUAL
Surat Edaran BPOPP Bil 8 Tahun 2024_Proses Permohonan Kelulusan Inden selaras dengan surat MOF