PEMANTAUAN AKAUN PUKAL DAN TUNTUTAN LEBIHAN BAYARAN PUKAL
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
2. Bayaran Pukal merupakan kemudahan bayaran bil secara berpusat melibatkan agensi pukal yang telah diluluskan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan tertakluk kepada Perjanjian Kemudahan Pukal yang berkuat kuasa. Memandangkan bayaran diproses secara berpusat oleh JANM Kedah, Jabatan ini mendapati masih terdapat PTJ yang tidak membuat pemantauan keatas status akaun pukal yang didaftarkan dan tidak melaksanakan semakan silang bil/invois sebenar dengan Laporan Bulanan Pembayaran Pukal.
3. Sehubungan dengan itu, semua PTJ adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi tatacara pengurusan bayaran pukal sepertimana SPANM 5/2023 (Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran Pukal - Lampiran E). Sila rujuk surat dibawah untuk makluman lanjut.
Sekian, terima kasih
UNIT PENGURUSAN DANA
SPANM BIL 5 TAHUN 2023 Tatacara Pengurusan Bayaran 09112023
2024 - CL PEMANTAUAN LEBIHAN BAYARAN PUKAL
Lampiran 1 - SENARAI_AKAUN_PUKAL_YANG_MEMPUNYAI_LEBIHAN_BAYARAN_2024