Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

PENUTUPAN AKAUN BULAN DISEMBER DAN AKHIR TAHUN 2023

Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM Kedah perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan dan tahunan.

 

BAYARAN

a. Tarikh akhir pemprosesan dokumen kewangan tahun 2023 bagi Vot Amanah/ PFI/Deposit adalah pada 28 Disember 2023.

b.  PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS jam 12.00 tengah hari pada 28 Disember 2023 (Khamis). Proses Arahan Pembayaran bole dibuat semula seperti biasa mulai 1 Januari 2024 (Isnin).

 

TERIMAAN

a.  Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut selewat-lewatnya pada jam 3 petang, 28 Disember 2023 (Khamis).

b.   Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan pada 31 Disember 2023 sahaja. CIH (A0122101) diselesaikan selaras AP78(a) dan AP79

c.   Penyata Pemungut di Peraku II dan dihantar ke bank selewat-lewatnya pada jam 3 petang, 28 Disember 2023 (Khamis). Sekiranya terdapat keperluan, PTJ boleh membawa pungutan ke bank pada 29 Disember 2023 (Jumaat) kerana bank beroperasi pada hari tersebut.

d.  Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah:  

   i. Menghubungi Acquiring Bank masing-masing bagi mendapatkan ID Korporat pindahan wang. (Tindakan PTJ yang masih tidak mempunyai Portal Bank)

  ii. Memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut ke Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1)              selaras dengan SPANM 3/2019.

  iii.Baki wang dalam ATKP bagi terimaan pada 30 dan 31 Disember 2023 dipindahkan selewat-lewatnya pada 02 Januari 2024.

d. PTJ yang telah memohon penggunaan Akaun Terimaan JANM bagi kutipan secara EFT hendaklah SEGERA menyediakan Penyata Pemungut apabila diarahkan oleh JANM Kedah.

PTJ diminta untuk merujuk slides Taklimat Penutupan Akaun Tahun 2023 untuk maklumat lanjut.

Kerjasama, komitmen dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM KEDAH