Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM Kedah perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan setiap bulan.

BAYARAN


PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS jam 12.00 tengah hari pada 31 Oktober 2023 (Selasa). Proses Perakuan 2 Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa pada 1 November 2023 (Rabu).

TERIMAAN


i.  Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan SEGERA. Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan pada 31 Oktober 2023 sahaja (hari terakhir bekerja setiap bulan).  

ii. Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan SPANM 3/2019. 

Pihak PTJ diminta untuk merancang proses membuat perakuan bagi melancarkan penutupan akaun bulan Oktober 2023. Mana-mana PTJ yang gagal mematuhi arahan ini perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak JANM Kedah. 

Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM KEDAH