Tuan/Puan,
Dengan hormatnya Surat Edaran BPOPP Bilangan 8 Tahun 2022 bertarikh 27 Jun 2022 dan makluman di Portal JANM Kedah bertarikh 09 Julai 2022 adalah dirujuk.
2. JANM Kedah mendapati masih terdapat sebilangan besar PTJ yang masih belum membuat pengesahan dan semakan akaun pukal bagi Fasa 1 (agensi Utiliti). Untuk makluman, Fasa 2 akan bermula Mac 2023 bagi agensi-agensi lain berikutnya.
3. Sehubungan dengan itu, mohon tindakan SEGERA PTJ untuk mengambil tindakan penyemakan akaun pukal (sama ada aktif atau tidak). Sekiranya akaun berstatus tidak aktif dan tidak lagi diperlukan, PTJ perlu melaksanakan tindakan pembatalan akaun dengan agensi dan pembatalan akaun pukal dalam sistem iGFMAS.
Pengesahan PTJ melalui link (https://docs.google.com/spreadsheets/d/1qNoh9kEfxdGsdH8HPmBEtZ-Ud86MxWu0qETqMcPyJaE/edit?usp=sharing) seperti di perkara 3.1 Surat Edaran JANM Kedah Bil. 7/2022 dibawah hendaklah disempurnakan selewat-lewatnya pada 27 Februari 2023 (Isnin).
2022 - Surat Edaran JANM Kedah - PUKAL