MAKLUMAN KEPADA SEMUA PUSAT TANGGUNGJAWAB
DI BAWAH SELIAAN JANM KEDAH
PENGHANTARAN PENGESAHAN BAKI KOD AKAUN UNTUK TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN (KKS) LEJAR AKRUAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRA-PERALIHAN INTERIM TAHUN 2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat JANM.BPOPA.600-2/2/5 Jld.1(2) bertarikh 11 Oktober 2022 adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa pengesahan baki bagi kod akaun berkaitan hendaklah disediakan bagi tujuan Kertas Kerja Sokongan Lejar Akruan bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Interim pada 30 September 2022.
3. Bersama ini turut dilampirkan lampiran berkaitan penyediaan Kertas Kerja Sokongan Lejar Akruan Interim untuk perhatian dan tindakan lanjut pihak PTJ. SIla muat turun dokumen berkaitan di pautan di bawah:
Surat Penghantaran Pengesahan Baki PTJ
Panduan Penyediaan dan Penyerahan KKS Akruan Interim dan Akhir 2022