Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya Surat Edaran BPOPP Bil.11 2022 bertarikh 18 Julai adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, Isu Pusat Tanggungjawab (PTJ) masih tidak menerima bil daripada agensi pukal masih lagi dibangkitkan pada Mesyuarat bersama Agensi Pukal dan Pejabat Perakaunan Bilangan 1 Tahun 2022 pada 6 Julai 2022. Kaedah Online Billing dapat membantu mempercepatkan penerimaan bil oleh PTJ untuk tujuan semakan dengan laporan terperinci pukal setelah bayaran dilakukan.
3. Sehubungan dengan itu, dilampirkan senarai terkini Agensi Pukal dan sistem Online Billing untuk rujukan Pejabat Perakaunan dan PTJ selanjutnya. PTJ diminta untuk membuat semakan bil/invois daripada agensi pukal dengan Laporan Pukal Terperinci setiap bulan bagi memastikan bayaran adalah tepat dan teratur.
Surat Edaran Bil 11 Tahun 2022_Billing System Agensi Pukal
Surat Edaran BPOPP Bil 11 Tahun 2022 Maklumat Sistem Online Billing Agensi Pukal
Terima kasih