Rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2022 (225)
Tarikh : 16 Jun 2022
Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan berikut adalah pemakluman berkaitan maklumat kod vendor setiap Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan yang terkini dengan penambahan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) seperti di lampiran. Ini melibatkan senario bagi pembayaran PTJ kepada PTJ lain melalui Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan.
3. Penggunaan dan pengwujudan selain daripada Kod Vendor bagi setiap Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan ini dan One Time Vendor (OTV) adalah TIDAK DIBENARKAN dan akan dikuiri. Surat arahan ini berkuatkuasa serta merta dan membatalkan Surat Edaran BPOPP Bilangan 4 Tahun 2021 bertarikh 29 Oktober 2021.
Segala kerjasama Tuan/ Puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
SURAT PENYELARASAN KOD VENDOR BANK BAGI AKAUN TERIMAAN PEJABAT PERAKAUNAN