Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa PTJ dibawah seliaan JANM Kedah perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan setiap bulan.

BAYARAN
PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS 12.00 tengah hari pada 31 Mac 2022 (Khamis). Proses Perakuan 2 Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa pada 1 April 2022 (Jumaat).

TERIMAAN
Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan SEGERA. Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan pada  31 Mac 2022 sahaja (hari terakhir bekerja setiap bulan).  Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan SPANM 3/2019.

Pihak PTJ diminta untuk merancang proses membuat perakuan bagi melancarkan penutupan akaun bulan Mac 2022. Mana-mana PTJ yang gagal mematuhi arahan ini perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak JANM Kedah. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. 

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM KEDAH