MAKLUMAN KEPADA SEMUA PUSAT TANGGUNGJAWAB
DI BAWAH SELIAAN JANM KEDAH
PENGHANTARAN PENGESAHAN BAKI KOD AKAUN UNTUK TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN (KKS) PENUTUPAN AKAUN AKHIR TAHUN LEJAR AKRUAN BAGI TAHUN 2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat JANM.BPOPA.600-2/2/3 Jld.2(42) bertarikh 28 Oktober 2021 adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa pengesahan baki bagi kod akaun berkaitan hendaklah disediakan bagi tujuan Kertas Kerja Sokongan Penutupan Akhir Tahun Lejar Akruan bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan pada 31 Disember 2021.
3. Bersama ini turut dilampirkan lampiran berkaitan penyediaan Kertas Kerja Sokongan Penutupan Akhir Tahun Lejar Akruan untuk perhatian dan tindakan lanjut pihak PTJ. SIla muat turun dokumen berkaitan di pautan di bawah:
https://drive.google.com/file/d/1c9spmyom-I8vz-S4-jWgNOQ51OMpy_HF/view?usp=sharing