Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
MAKLUMAN KEPADA SEMUA PUSAT TANGGUNGJAWAB
DI BAWAH SELIAAN JANM KEDAH
 
PENGESAHAN BAKI KOD AKAUN UNTUK TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN (KKS) - BERKAITAN PERAKAUNAN ASET BAGI TAHUN 2021
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat JANM.BPOPA.600-2/2/3 Jld.2(42) bertarikh 28 Oktober 2021 adalah berkaitan.
 
2. Dimaklumkan bahawa pengesahan baki bagi kod akaun berkaitan hendaklah disediakan bagi tujuan Kertas Kerja Sokongan Penutupan Akhir Tahun Lejar Akruan bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan pada 31 Disember 2021.
 
3. Bersama ini turut dilampirkan LAMPIRAN A TATACARA PENGESAHAN BAKI KOD AKAUN ASET BUKAN KEWANGAN dan LAMPIRAN B TATACARA PENGESAHAN BAKI KOD AKAUN ASET PERTAHANAN, INVENTORI, PERBELANJAAN TERDAHULU ASET, ABB DAN ABB FRNGRN untuk perhatian dan tindakan lanjut pihak PTJ. SIla muat turun dokumen berkaitan di pautan di bawah:
 
 
4. Setelah itu, mohon tuan/puan untuk mencetak lampiran dan tandatangan lampiran yang telah diisi itu dan kemukakan semula secara softcopy dan hardcopy (tandatangan hidup) kepada JANM Kedah selewat-lewatnya 27 Februari 2022.
 
Alamat JANM Kedah adalah seperti berikut :
 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah
Aras G&4, Zon C,
Wisma Persekutuan Anak Bukit,
06550 Anak Bukit, Alor Setar, Kedah Darulaman.
Tel : 04-700 1000
(u/p Unit Perakaunan Aset - KKS Aset)
 
5. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak PTJ boleh menghubungi Unit Pengurusan Aset JANM Kedah di talian 04- 7001000 (146/107/181/138/174/135/134/131/173/133) atau emel kepada PIC mengikut PTJ masing-masing. Perhatian dan kerjasama pihak PTJ untuk mematuhi panduan yang ditetapkan amatlah dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 
UNIT PENGURUSAN ASET
JANM KEDAH