Tindakan PTJ
▶️Memastikan semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan segera, ini kerana bagi mengelakkan CIH(wang tunai belum dibankkan) diperingkat AO Kedah tertunggak dan tidak berbaki sifar.
▶️ Kecuali Terimaan pada hari terakhir bekerja setiap bulan.
▶️Sekiranya terdapat Resit yang perlu dibatalkan, pembatalan resit hendaklah dibuat dengan segera.
Tindakan AO Kedah
▶️Memastikan Baki Kod Acc A0122101 berbaki sifar pada setiap hujung bulan kecuali terimaan pada hari terakhir bekerja setiap bulan.
▶️Membuat peringatan kepada PTJ setiap bulan bagi Resit belum disempurnakan Penyata Pemungut.
✅Makluman ini dimuat naik ke portal JANM Kedah di pautan https://kedah.anm.gov.my. Sila layari portal JANM Kedah untuk mendapatkan makluman dari semasa ke semasa.
Nota:
1. AP78(b) Semua terimaan yg belum lagi dimasukkan ke dalam Akaun Bank Kerajaan hendaklah dimasukkan pada hari kerja yang akhir dalam tempoh akaun bulanan atau dalam apa² tempoh akaun yang lebih singkat sebagaimana yang ditetapkan oleh Akauntan Negara/Akauntan Negeri/Bendahari Negeri.
2. SPANM BIL3/2019 Lampiran B : Garis Panduan Pengurusan Terimaan Di Kaunter Terimaan Agensi Kerajaan : para 4.2.8 Proses Memasukkan Kutipan Ke Bank.
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Dana( Terimaan)
JANM Negeri Kedah