EDARAN KEPADA SEMUA PTJ YANG BERKENAAN
NOTIS PENGHANTARAN AKHIR PERMOHONAN BAYARAN BALIK HASIL TAHUN 2021.
Adalah dimaklumkan bahawa JANM Kedah dalam proses menyelesaikan permohonan Bayaran Balik Hasil sebelum penutupan akaun akhir tahun.
Sehubungan itu, pihak PTJ diarahkan menghantar permohonan Bayaran Balik Hasil masing-masing selewat-lewatnya 18 November 2021 (Khamis) ke Unit Akaun bagi memproses permohonan pada tahun ini. Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut akan di bawa ke hadapan dan diproses pada tahun berikutnya.
Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.