1. Dimaklumkan bahawa satu Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2021 akan diadakan bermula 15 Oktober 2021 sehingga 15 November 2021. Sehubungan itu, mohon kerjasama Tuan/ Puan untuk menjemput PTJ/ Pejabat Pemungut/ Pusat Gaji/ Pusat Terimaan masing-masing untuk menjawab kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian untuk dilaksanakan di JANM Negeri/ Cawangan termasuk Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF). Tuan/ Puan boleh membuat hebahan melalui medium yang bersesuaian seperti portal, telefon dan emel kepada PTJ/ Pejabat Pemungut/ Pusat Gaji/ Pusat Terimaan masing-masing.
Link Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2021 adalah seperti berikut: https://forms.gle/FL1A5J4CKDiuzgH38
2. Segala kerjasama dan perhatian pihak Tuan/ Puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.