Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa PTJ dibawah seliaan JANM Kedah perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan setiap bulan.
Sehubungan itu, pihak PTJ tidak dibenarkan membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS 12.00 tengahari pada 30 September 2021 (Khamis). Proses Perakuan 2 boleh dibuat semula seperti biasa pada 3 Oktober 2021 (Ahad). PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a).
Pihak PTJ diminta untuk merancang proses membuat perakuan bagi melancarkan penutupan akaun bulan Julai 2021. Mana-mana PTJ yang gagal mematuhi arahan ini perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak JANM Kedah. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Makluman ini akan dimuat naik ke portal JANM Kedah di pautan http://www.anm.gov.my/index.php/utama-kedah. Sila layari portal JANM Kedah untuk mendapatkan makluman dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI KEDAH