Media Sosial

fb  rss
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

PERMOHONAN MAKLUMAT EMEL GROUP PTJ BAGI PENGHANTARAN BIL PUKAL

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan/puan, semua PTJ di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Kedah adalah diminta untuk menyediakan maklumat e-mel group serta maklumat lain yang berkaitan bagi membantu pihak agensi menghantar bil melalui e-mel sementara penambahbaikan akses bil secara online dilaksanakan oleh agensi.

3. Sehubungan itu, JANM Negeri Kedah memohon semua PTJ untuk mengisi maklumat seperti di pautan berikut selewat – lewatnya pada 7 September 2021(Selasa):

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdVVy4XH-G4QFtwsH_65QAeYLlZatWsLhOmTRt8lVej-vkHkw/viewform?usp=pp_url

4. Makluman ini akan dimuat naik ke portal JANM Kedah di  pautan https://kedah.anm.gov.my. Sila layari portal JANM Kedah untuk mendapatkan makluman dari semasa ke semasa.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai.

Sekian,terima kasih.

Unit Pengurusan Dana

JANM Negeri Kedah.