Assalamualaikum & salam sejahtera
Tuan/Puan,
Pihak CIMB ingin memaklumkan waktu akhir penerimaan cek melalui kaunter dan pembelian cek (LCP – Local Cheque Purchase) untuk Kerajaan / Agensi-agensi Kerajaan / PTJ di cawangan-cawangan CIMB berikut dipinda dari pukul 4:00 petang ke pukul 2:00 petang bermula dari 19 May 2021 sehingga diberitahu kelak:
i. Semua Cawangan CIMB di Perlis
ii. Semua Cawangan CIMB di Kedah (kecuali cawangan Kulim & cawangan Kuah, Langkawi)
Oleh itu dinasihatkan agar pendepositan cek-cek dapat dilakukan sebelum pukul 2:00 petang agar dapat dibeli dan dikreditkan pada hari yang sama. Semua cek yang didepositkan selepas pukul 2:00 petang akan dibeli dan dikreditkan pada hari bekerja yang berikutnya.
Kami memohon maaf di atas pindaan waktu ini. Ini adalah kerana pengumuman Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan-kawasan di negeri Kedah. Kami dari masa ke semasa akan memantau perkara ini dan akan memaklumkan pada pihak JANM jika keadaan sudah seperti sedia kala.
Segala kesulitan amatlah dikesali
Sekian, terima kasih.
Shukran Hilmi Abdul Aziz
Director
Public Sector & Government Group
Wholesale Banking
Tel: +603 2261 9187 | Mobile: +6019 620 050