Adalah dimaklumkan bahawa PTJ dibawah seliaan JANM Kedah perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan setiap bulan.
Sehubungan itu, pihak PTJ tidak dibenarkan membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS 1.00 petang pada 30 Ogos 2020 (Ahad).
Proses Perakuan 2 boleh dibuat semula seperti biasa pada 1 September 2020 (Selasa). PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a).
Pihak PTJ diminta untuk merancang proses membuat perakuan bagi melancarkan penutupan akaun bulan Ogos 2020. Mana-mana PTJ yang gagal mematuhi arahan ini perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak JANM Kedah. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.