Dukacita dimaklumkan bahawa masih terdapat PTJ yang gagal mematuhi tarikh-tarikh akhir berkenaan penyediaan baucar panjar wang runcit dan panjar khas seperti mana yang telah diedarkan melalui Surat Edaran JANM Negeri Kedah bertarikh 29 Januari 2020. Hal ini telah menyebabkan berlakunya masalah pada akaun panjar semasa penutupan akaun bulanan. Oleh itu mulai bulan Julai 2020 ditetapkan perincian tarikh-tarikh dalam penyediaan baucar panjar wang runcit dan panjar khas adalah seperti berikut:
Untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut, sila hubungi pegawai Unit akaun JANM Kedah di talian 7001000 sambungan 114/118/187/186. Perhatian dan kerjasama daripada pihak Y. Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.