Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Bersama-sama ini disertakan Tatacara Penyediaan Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit (PWR) untuk rujukan dan tindakan tuan/puan selanjutnya. Mohon kemukakan Sijil Perakuan PWR berakhir pada 31 Disember 2019 ke Unit Akaun JANM Kedah pada 5 Januari 2020 (Ahad).
3. Sila berhubung dengan pegawai di Unit Akaun JANM sekiranya tuan/puan mempunyai pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.