Tuan/puan,
Bagi meningkatkan kecekapan pengurusan bil/invois dan selaras dengan AP103 (a), JANM telah melakukan penambahbaikan terhadap Penetapan Tarikh Terima Bil/Invois, Tarikh Peraku dan Tarikh Terima Kewangan mengikut tarikh sistem pada hari yang sama. Penambahbaikan ini hanya melibatkan Portal iGFMAS pada skrin daftar dan kemaskini dokumen di peringkat penyedia. Modul yang terlibat adalah seperti berikut:
a) Modul Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan
b) Modul Arahan Pembayaran Dengan Pesanan Kerajaan
2. Ketua Jabatan/Ketua Pejabat perlu memastikan semua bil/invois yang diterima dari pembekal/ penerima bayaran disemak dan lengkap, dan dikunci masuk ke dalam sistem pada hari yang sama. Penyedia tidak perlu mengunci masuk tarikh terima bil /invois, tarikh peraku dan tarikh terima kewangan kerana tarikh-tarikh tersebut akan dipaparkan secara automatik mengikut tarikh sistem (system default) dan tidak boleh dipinda.
3. Penambahbaikan ini akan berkuatkuasa mulai 24.09.2019. Dalam tempoh peralihan, terdapat beberapa senario bagi dokumen yang dikunci masuk dan diproses sebelum tarikh kuat kuasa seperti berikut: