Adalah dimaklumkan bahawa PTJ dibawah seliaan JANM Kedah perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan setiap bulan seperti berikut:-
Sehubungan itu, pihak PTJ tidak dibenarkan membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran melebihi jam 1 petang pada 29 Ogos 2019. Proses Perakuan 2 juga TIDAK BOLEH dilakukan pada 30 dan 31 Ogos 2019. PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a).
Mana-mana PTJ yang gagal mematuhi arahan ini perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak JANM Kedah. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.