Dimaklumkan bahawa pihak pengurusan tertinggi JANM telah mengumumkan penjenamaan semula 1 Government Financial & Management System (1GFMAS) kepada integrated Government Financial & Management System (iGFMAS).
Bersama-sama ini disertakan logo rasmi iGFMAS selaras dengan penjenamaan semula sistem tersebut. Semua pihak yang berkaitan adalah disaran untuk menggunakan Sistem iGFMAS dan logo baharu ini dalam semua perkara dan dokumen yang terlibat berkuatkuasa serta-merta.