Penyertaan Pejabat Wang Tak Dituntut dalam program tersebut adalah sebagai mendokong usaha dan inisiatif pihak kerajaan di dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai tentang maklumat berkaitan Wang Tak Dituntut (WTD) sebagaimana tertakluk di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965. Sebanyak tiga (3) kaunter semakan dan satu (1) kaunter penerangan WTD telah dibuka yang menawarkan kemudahan semakan status serta tatacara permohonan bayaran balik WTD secara terus kepada para pengunjung. Sebanyak 192 semakan status WTD telah dibuat pada hari tersebut.
Tarikh : 24 Ogos 2019
Tempat : Tapak Penyelidikan Arkeologi Sungai Batu, Kedah