Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Kedah telah diadakan pada 02 hingga 04 September 2022 bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah. Program ini dianjurkan oleh Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama Jabatan Perdana Menteri (SEPADU, JPM). Unit Wang Tak Dituntut (WTD), JANM Kedah telah dijemput untuk membuka Kaunter Semakan dan Permohonan Wang Tak Dituntut sepanjang program tersebut berlangsung. Semasa program tersebut dijalankan, pihak Bahagian Wang Tak Dituntut (BWTD), Putrajaya juga turut serta dan diketuai oleh Puan Kalthom binti Salim, Pengarah BWTD dan juga pegawai-pegawainya seramai tiga (3) orang. Manakala Unit WTD, JANM Kedah diketuai oleh Puan Siti Solehah Binti Abdul Rahim (Ketua Unit WTD) bersama pasukan seramai lapan (8) orang pegawai. Sepanjang tiga (3) hari program tersebut berlangsung seramai 2400 pengujung telah mengunjungi booth WTD untuk membuat semakan. Semakan tertinggi dilakukan semasa program tersebut adalah sebanyak RM22,000.00.